Tuesday, January 22, 2013

Doa untuk anak-anak

Dpt artikel ni dari FB.
jom kita amalkn sama2..
aku mmg kejutkan anak2 bangun dari tidur dengan bg salam.tp cuma assalamualaikum je la.
dan diorng akan terkumat kamit jawab dengan mata tertutup "waalaikummussalam..." hahaha..
sbb dh pesan awal2 kalo org bg salam wajib jawab.
so lepas ni kita bg salam panjang sket ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH YA .... (sebutkan nama penuh anak)
 rupa2nya ia merupakan doa untuk anak2
sharing is caring

"Hari ini saya mahu kongsikan DOA yang mudah dan cepat dan pendek, yang paling senang untuk diamalkan oleh kedua ibu bapa untuk anak-anak mereka, tetapi sering sahaja terlepas pandang. 
Doa itu adalah : 

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH YA .... (sebutkan nama penuh anak)
Ya. Itu sahaja baris doanya. Mudah bukan? Tetapi termasuklah saya, sangatlah selalu terlepas pandang akan keistimewaan doa ini. Ok, mari di sini kita catatkan mengapa doa ini terlalu istimewa untuk anak-anak kita :

Pertama sekali, ibu bapa hendaklah menjiwai doa itu sedalam dalamnya semasa ia diucapkan buat si anak. Mengapa? Kerana maksud yang terkandung di dalamnya sangatlah membantu dalam kehidupan seharian anak.

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH dengan cuba menjiwai setiap ungkapan yang diucapkan. Kenapa istimewa? Mari kita tengok maknanya:

1- ASSALAM : SEJAHTERA.
Awal-awal lagi kita sudah mengucapkan segala kebaikan untuk anak kita pada hari itu. Kita mendoakan segala kesejahteraan buat dirinya pada waktu itu.

2- WARAHMATULLAH : RAHMAT ALLAH.
Kita mengharapkan rahmat Allah menjadi bekalan untuk anak-anak kita dalam kehidupan seharian mereka. Bukankan rahmat Allah itu yang sangat-sangat kita harapkan?

3- WABARAKATUH : BERIKAN BERKAT KEPADANYA WAHAI ALLAH
Kita mendoakan anak-anak kita diberi berkat oleh Allah, dalam setiap amalannya, perbuatannya, dan apa sahaja yang berkaitan dengan dirinya, kita mahukan keberkatan untuknya.

Kata ustazah itu, waktu paling bagus untuk mengucapkannya buat si anak adalah ketika mengejutkan dia bangun dari tidur. Bayangkan sahaja lah, celik-celik matanya sahaja sudah memperoleh doa dari ibu atau ayah yang cukup bermakna lagi indah untuknya. Selain itu, boleh juga diamalkan mungkin waktu menghantar atau menjemput dia dari sekolah, atau bila-bila masa sahaja ibu dan ayah ingin mengucapkannya untuk anak.

Jiwailah salam dan doa itu. Hayati setiap rangkai maksudnya. Tujukan dengan penuh kasih dan cinta buat si anak. Senyum penuh sayang kepada mereka, ketika kita mengucapkan. Semoga anak-anak kita sentiasa sejahtera, dalam rahmat Allah dan sentiasa diberi keberkatan dalam hidup mereka oleh Allah. Aminnn.."

4 comments:

Ya Allah zura, thanks for the info.. sebab kejut anak selalu panggil nama je.. in sha allah lepas ni akan di amalkan.. terima kasih sangat2 sebab share!

tq for sharing..mohon utk copy paste panjangkan kt blog kita plak. Hehe

thanks beb sharing..aku selame ni kejut pun dok panggil name jek....lepas ni akan dipraktikan...sape yg tak nak doakan anak tuk kebaikan kan....

thanks beb

TQ sharing dikk
wahh dah tukar domain .com yee .. best2 .. akak tgh tunggu utk .my nie ;)

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More